Klik itu best!

Isnin, 30 Mei 2011

UNGERIN? apa tuh...






Gambar aku bersama UNGERIN ( yg tutup mata tuh)

Kalau TLDM ada PASKAL,PDRM pulak ada Unit Gempur Marin atau dikenali sebagai UNGERIN.Menurut encik Wikipedia,UNGERIN adalah nama jolokan yang diberi kepada pasukan elit anti-pengganas polis marin yang terbaru dalam cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi pada akhir tahun 2007. Pasukan anti-pengganas maritim ini berpengkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak bagi menangani keadaan kritikal di Selat Melaka dan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah bagi pengoperasian di Sabah dan Sarawak, khasnya Laut Sulu. Sebahagian anggota terdiri daripada anggota Komando 69 Pasukan Gerakan Khas.

Wah,hebat tuh..kita sumer dah sedia maklum kehebatan Komando 69 atau VAT 69 dalam membanteras ancaman komunis pd zaman dulu.Kalau korang tahu kisah Al-Maunah,korang mesti tahu VAT69 tu apa...pada yang tak tahu tuh,rajin2kanlah yerr cari kat internet.

Berbalik pada UNGERIN td,mereka sentiasa berkerjasama dengan TNI (Tentera Nasional Indonesia), POLRI (Polis Republik Indonesia), PDRM, ATM, APMM, Tentera Singapura mahupun Polis Singapura dalam menjaga Selat Melaka since selat melaka nih merupakan antara kawasan perairan paling sibuk di dunia. Sebelum wujudnya UNGERIN,dulu ia dikenali sebagai Unit Selam Tempur.Unit Selam Tempur ni plak mendapat latihan drpd Komando 69 PGK dan US Navy SEALs (Amerika Syarikat) melalui siri latihan yang dipanggil Fusion Mint.


Pergh,memang aku salute lah UNGERIN.Alhamduillah,negara kita ada pelbagai pasukan elit cam GGK,UTK,VAT69,PASKAL,PASKAU,UNGERIN dan yang terbaru STAR under APMM.Aku pernah cuba pakai costum ala2 UNGERIN time pameran Hari Polis baru-baru nih,perghh berat gilerr..camnerlah skuad elit pakai bende cmni sambil berlari.Dahlah berlari pastu kene menembak lagi,berenang,terjun ikut tali dll...Memang aku respekk gilerr lahh..

Amacam,korang berminat ker? Kalau berminat bolehlah apply masuk Polis.Masuk PULAPOL dulu then mintak masuk pasukan elit yang mencabar korang punya fizikal dan mental nih...tp hati kene kering beb,nama pun komando.

P/S : Aku nak masuk komando? huh,aku main Counter Strike ngan Call of Duty pun asyik kalah jerr...
( Sumber dari encik wikipedia dan juga pakcik google)

3 hari 30 pengalaman...







Alhamdulillah,dah selesai pun kursus asas renang aku kat Pusat Latihan Polis Marin (PULAMAR) kat Tampoi,JB.Kalau korang yang dah pernah pusing JB atau duduk kat JB,mesti korang perasan yang PULAMAR ni dekat jerr dengan Plaza Angsana.Bila sebut jerr Plaza Angsana,teringat aku kenangan dengan si dia..cewahhh

Selama 3 hari aku kat sana,3 hari berturut-turut tu jugaklah aku lemas.Maklumlah tak pandai berenang.Tapi last day tuh,alhamdulillah aku dah boleh berenang kat kolam paling dalam swimming pool MPJB( Majlis Perbandaran Johor Bahru).Bangga lah skit kt diri sendiri...dari tak tahu berenang ke tahu ckit2.

Hari pertama tuh,jurulatih kami iaitu SM Zahair suruh terjun dulu dalam kolam.Pandai berenang atau tak pandai,belakang citerr..Aku tau kalau aku terjun confirm lemas..ye lahh,kolam tu dalam.kalau kolam tu untuk kanak2,confirm aku tak cuak beb..bila SM suruh aku terjun,tanpa banyak soal aku terjun jerr..tercungap2 aku kat kolam tuh...SM jugak yg selamatkan aku.hahaha..kantoi aku tak pandai berenang dgn member2 aku

Hari pertama tu kitaorang diajar asas renang.Aku still tak dapat tangkap..maklumlah,aku ni slow ckit.Untuk pengetahuan korang,kitaorang geng suksis nih start berenang kul 8 habis kul 5.Tp adalah gap untuk rehat,makan,solat jap...Kulit jangan citerlah,habis hitam macam mat afrika.Tu belum lagi mata yang merah dan kabur sebab klorin kat swimming pool tuh

Hari kedua lah aku malu gilerrr...sumer orang dapat lepas berenang kat kolam paling dalam.aku sorang jerr fail.segan siott...tapi sebelum tuh aku melalui saat yang aku tak dapat lupakan iaitu kene terjun platform setinggi berapa meter ntah..aku pun lupa.Tapi tinggi oo...orang lain terjun aksi skuba,aku sorang gatal buat aksi prachute lah konon2 time terjun tuh( ni akibat terpengaruh dgn citer perang)..akibatnya,kaki aku sakit lepas terjun tuh...nasib baik sekejap jerr sakit tuh

Hari ketiga ada sedikit peningkatan.aku dah boleh berenang walaupun ada skill yang masih perlu diperbaiki.Alhamdulillah,syukur sangat.Kalau aku belajar kat luar nih,mau beratus-ratus kene kuar duit.Tapi kat sini,PDRM yang taja.makan,penginapan sumer free..alhamdulillah.

jUTaan terima kasih kepada seluruh warga kerja PULAMAR kerana sudi mengajar kami KOR SUKSIS UTHM teknik asas renang yg betoii.Harap2 lepas nih Polis Gerakan Marin (PGM) tak dibubarkan lah yea..kalau dibubarkan nanti geng suksis yg akan dtg nak belajar kat mana plak? hehehe..

So,aku ada paparkan sedikit pic untuk tontonan korg..sori coz ada gambar yg kabur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...