Klik itu best!

Rabu, 1 Jun 2011

Movie superhero baru : RA-One


Wah,file baru Dato' Shah Rukh Khan ( SRK) akan tubik tak lama lagi..sku sebagai peminat setia SRK sejak dari zaman Kuch Kuch Hotak Hang sudah tentu akan tengok citer nih..

aKu harapkan pembaharuan jln citer kat Ra-One nih...Jangan jadi macam Don sudahlah.trailer best,poster best tapi action kurang.Tapi Ra-One tak shooting kat Malaysia,sebaliknya di Miami,London dan India( of course)..

Sayangnyer,sinopsis pasal movie ni aku tak dapat lagi.Tapi menurut encik google,citer ni berkisah pasal bollywood science-fiction superhero ( mcm x-men ka?? )dan filem ni merupakan second-most expensive film in India! fuyoo,dasyat tuh...kene mai tengok nih..hehe

sAPER plak heroin citer nih??Hmm,heroin yg sama dalam citer DON ( walaupun mati awal) iaitu Kareena Kapoor.Apa yang buatkan aku terkezutt,tetiba jerr citer nih ada kaitan dengan Jackie Chan dan penyanyi feveret aku time skool dulu,Akon. Apsal ekk??

Ohh,rupa-rupanya Jckie Chan yang detailed script of the film,tapi dia tak berlakon dalam citer tuh.Pasal AKON plak,dia akan composed dua buah lagu untuk movie nih.Gempak lahh,lagu matsalleh jadi OST movie Bollywood..

Rasa macam tak sabar nak tunggu movie yang akan kuar bulan Oktober nih..time tu aku ada kat UTHM,boleh ajak member2 tgk skali( itupun kalo dioarang nak).Apa pandangan korang pasal movie nih?share2 lah ckit kat ruangan comment bawah tuh..hehe.kALAU NAK TAHU LEBIH LANJUT,jom gi kat sini http://raone.erosentertainment.com/

Isnin, 30 Mei 2011

UNGERIN? apa tuh...






Gambar aku bersama UNGERIN ( yg tutup mata tuh)

Kalau TLDM ada PASKAL,PDRM pulak ada Unit Gempur Marin atau dikenali sebagai UNGERIN.Menurut encik Wikipedia,UNGERIN adalah nama jolokan yang diberi kepada pasukan elit anti-pengganas polis marin yang terbaru dalam cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi pada akhir tahun 2007. Pasukan anti-pengganas maritim ini berpengkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak bagi menangani keadaan kritikal di Selat Melaka dan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah bagi pengoperasian di Sabah dan Sarawak, khasnya Laut Sulu. Sebahagian anggota terdiri daripada anggota Komando 69 Pasukan Gerakan Khas.

Wah,hebat tuh..kita sumer dah sedia maklum kehebatan Komando 69 atau VAT 69 dalam membanteras ancaman komunis pd zaman dulu.Kalau korang tahu kisah Al-Maunah,korang mesti tahu VAT69 tu apa...pada yang tak tahu tuh,rajin2kanlah yerr cari kat internet.

Berbalik pada UNGERIN td,mereka sentiasa berkerjasama dengan TNI (Tentera Nasional Indonesia), POLRI (Polis Republik Indonesia), PDRM, ATM, APMM, Tentera Singapura mahupun Polis Singapura dalam menjaga Selat Melaka since selat melaka nih merupakan antara kawasan perairan paling sibuk di dunia. Sebelum wujudnya UNGERIN,dulu ia dikenali sebagai Unit Selam Tempur.Unit Selam Tempur ni plak mendapat latihan drpd Komando 69 PGK dan US Navy SEALs (Amerika Syarikat) melalui siri latihan yang dipanggil Fusion Mint.


Pergh,memang aku salute lah UNGERIN.Alhamduillah,negara kita ada pelbagai pasukan elit cam GGK,UTK,VAT69,PASKAL,PASKAU,UNGERIN dan yang terbaru STAR under APMM.Aku pernah cuba pakai costum ala2 UNGERIN time pameran Hari Polis baru-baru nih,perghh berat gilerr..camnerlah skuad elit pakai bende cmni sambil berlari.Dahlah berlari pastu kene menembak lagi,berenang,terjun ikut tali dll...Memang aku respekk gilerr lahh..

Amacam,korang berminat ker? Kalau berminat bolehlah apply masuk Polis.Masuk PULAPOL dulu then mintak masuk pasukan elit yang mencabar korang punya fizikal dan mental nih...tp hati kene kering beb,nama pun komando.

P/S : Aku nak masuk komando? huh,aku main Counter Strike ngan Call of Duty pun asyik kalah jerr...
( Sumber dari encik wikipedia dan juga pakcik google)

3 hari 30 pengalaman...







Alhamdulillah,dah selesai pun kursus asas renang aku kat Pusat Latihan Polis Marin (PULAMAR) kat Tampoi,JB.Kalau korang yang dah pernah pusing JB atau duduk kat JB,mesti korang perasan yang PULAMAR ni dekat jerr dengan Plaza Angsana.Bila sebut jerr Plaza Angsana,teringat aku kenangan dengan si dia..cewahhh

Selama 3 hari aku kat sana,3 hari berturut-turut tu jugaklah aku lemas.Maklumlah tak pandai berenang.Tapi last day tuh,alhamdulillah aku dah boleh berenang kat kolam paling dalam swimming pool MPJB( Majlis Perbandaran Johor Bahru).Bangga lah skit kt diri sendiri...dari tak tahu berenang ke tahu ckit2.

Hari pertama tuh,jurulatih kami iaitu SM Zahair suruh terjun dulu dalam kolam.Pandai berenang atau tak pandai,belakang citerr..Aku tau kalau aku terjun confirm lemas..ye lahh,kolam tu dalam.kalau kolam tu untuk kanak2,confirm aku tak cuak beb..bila SM suruh aku terjun,tanpa banyak soal aku terjun jerr..tercungap2 aku kat kolam tuh...SM jugak yg selamatkan aku.hahaha..kantoi aku tak pandai berenang dgn member2 aku

Hari pertama tu kitaorang diajar asas renang.Aku still tak dapat tangkap..maklumlah,aku ni slow ckit.Untuk pengetahuan korang,kitaorang geng suksis nih start berenang kul 8 habis kul 5.Tp adalah gap untuk rehat,makan,solat jap...Kulit jangan citerlah,habis hitam macam mat afrika.Tu belum lagi mata yang merah dan kabur sebab klorin kat swimming pool tuh

Hari kedua lah aku malu gilerrr...sumer orang dapat lepas berenang kat kolam paling dalam.aku sorang jerr fail.segan siott...tapi sebelum tuh aku melalui saat yang aku tak dapat lupakan iaitu kene terjun platform setinggi berapa meter ntah..aku pun lupa.Tapi tinggi oo...orang lain terjun aksi skuba,aku sorang gatal buat aksi prachute lah konon2 time terjun tuh( ni akibat terpengaruh dgn citer perang)..akibatnya,kaki aku sakit lepas terjun tuh...nasib baik sekejap jerr sakit tuh

Hari ketiga ada sedikit peningkatan.aku dah boleh berenang walaupun ada skill yang masih perlu diperbaiki.Alhamdulillah,syukur sangat.Kalau aku belajar kat luar nih,mau beratus-ratus kene kuar duit.Tapi kat sini,PDRM yang taja.makan,penginapan sumer free..alhamdulillah.

jUTaan terima kasih kepada seluruh warga kerja PULAMAR kerana sudi mengajar kami KOR SUKSIS UTHM teknik asas renang yg betoii.Harap2 lepas nih Polis Gerakan Marin (PGM) tak dibubarkan lah yea..kalau dibubarkan nanti geng suksis yg akan dtg nak belajar kat mana plak? hehehe..

So,aku ada paparkan sedikit pic untuk tontonan korg..sori coz ada gambar yg kabur

Isnin, 24 Januari 2011


Tips melakukan presentation

Saya rasa ‘presentation’ merupakan satu perkataan yang sinonim bagi pelajar-pelajar universiti,pelajar sekolah mahupun pegawai-pegawai kerajaan dan swasta.Kepentingan menguasai skill presentation amatlah penting memandangkan kita perlu menyampaikan maklumat yang penting kepada para audien .Oleh yang demikian,untuk entry kali ini pembaca ARIF’S BLOG dihidangkan dengan sedikit TIP ASAS melakukan presentation bagi mereka yang tidak mempunyai asas mahupun pengalaman dalam melakukan presentation.

Sebelum presentation

1.Pastikan anda faham tajuk presentation anda.Jangan berlengah,segera lakukan pembacaan dan kajian tentang tajuk anda!
2.Setelah anda mendapat bahan presentation anda dan memahaminya,mulalah merancang apakah jenis media yang anda ingin gunakan ketika melakukan presentation.
a)Serkiranya anda memilih untuk menggunakan kertas mahjong,pastikan tulisan anda mudah dibaca oleh para audien.Jika disertakan gambarajah,lukislah dengan teliti.Pastikan audien faham lukisan dan dapat membaca tulisan anda.Jika boleh,jangan padatkan semua point dalam satu kertas mahjong.Gunakan lebih dari satu kertas mahjong.
b)Serkiranya anda memilih untuk menggunakan PowerPoint,pastikan anda memilih slide yang sesuai.Jangan pilih warna slide yang terlalu terang,ini berkemungkinan akan menganggu pandangan audien anda.Seeloknya,pilih warna yang lembut sahaja.Anda juga seharusnya faham bahawa ‘projektor’ tidak akan memancarkan semua warna yang anda pilih akan keluar di papan putih nanti.Ada satu kes,saya memilih warna kuning pada slide saya,tetapi bila hari presentation saya,terpancar pula warna hijau dari projector..
c) Jangan padatkan semua isi dalam satu slide.Ini akan membosankan pembaca.
d) Tidak salah jika meletakkan animasi yang bergerak-gerak dalam slide,namun didingatkan kadangkala animasi itu boleh menganggu tumpuan audien.Oleh itu,jangan meletakkan terlalu banyak animasi dalam satu slide.
e)Letakkan isi penting di sebelah kanan slide
3)Pakai pakaian yang sesuai dan kemas.bagi pembaca lelaki,rajin-rajinlah menyelak halaman majalah MASKULIN untuk pemilihan fesyen yang sesuai.Jangan korang pilih baju yang nak ke Times Square plak yer!!Huhu..
4) ) Sila datang awal ke tempat presentation anda ,lebih kurang dalam 5-10 minit sebelum presentation anda bermula.Ambil sedikit masa untuk berjalan di sekitar tempat audien anda secara perlahan.Jika berasa gementar,tarik nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan.Legakan urat disekitar leher,bahu dan kepala anda.
5)Siapkan segala material persembahan anda.Jangan tunggu sehingga anda dipanggil barulah anda terhegeh-hegeh nak membuka laptop,cari alatan dsb.Ini akan memakan masa dan juga mengundang tanggapan negative terhadap anda.

Semasa Presentation

1)Paling penting,jangan gabra,cuak dan sebagainya.Kawal pernafasan dan degupan jantung anda .Anggap hanya ANDA SEORANG YANG PAKAR UNTUK MENERANGKAN KEPADA AUDIEN TENTANG PRESENTATION ANDA.
2)Mulakan presentation anda dengan ucapan salam,selamat dan sedikit penghargaan kepada audiepensyarah/pegawai/bos anda.
3)Jangan terus pergi kepada set presentation anda,sebaliknya mulakan dengan secara santai sebagai set induksi anda atau apa cara lain bagi menarik perhatian audien terhadap anda.Mungkin anda boleh menceritakan kisah lucu dsb kepada audien supaya mereka tertarik dengan anda.
4)Suara anda mestilah jelas kedengaran dan tidak perlahan.Jika boleh,gunakan mikrofon
5) Sambil berjalan,cubalah untuk berjalan-jalan disekitar audien anda.Ini bagi memastikan mata audien ‘lekat’ kepada anda.Ini juga satu cara bagi menyembunyikan lutut anda yang sedang berketar.hahaa..
6)Cuba adakan perbincangan dua hala dengan audien melalui pertanyaan soalan,perbincangan mahupun minta pendapat audien.Ini akan lebih menghiburkan audien kerana pada pendapat mereka,ANDA TIDAK SYOK SENDIRI.

Selepas Presentation

1)Sebelum mengakhiri presentation anda,tanya audien serkiranya terdapat perkara yang masih tidak jelas ataupun perkara yang ingin disoal.Saya mencadangkan agar sessi ini dihadkan kepada 5 minit sahaja.
2)Selepas itu,buat satu rumusan/kesimpulan.
3) Akhiri presentation anda dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan sedikit penghargaan pada pensyarah/pegawai/bos anda kerana memberikan anda kesempatan untuk melakukan presentation.Jangan lupa untuk meminta maaf andai terdapat kekurangan semasa menjalankan presentation
4) Untuk menampakkan diri anda lebih professional,sila tinggalkan no telefon,e-mail,alamat web social anda ( Facebook,Twitter,Friendster,Tagged,Dll) dan lalamat blog anda bagi membolehkan audien member maklumbalas tentang presentation anda atau maklumat terbaru berkenaan perkara yang anda sampaikan dalam presentation.

Sabtu, 15 Januari 2011

Teknik Mengingati Nombor


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pengunjung ARIF'S BLOG.Thanks sebab sudi mengunjungi blog ini.Apa khabar anda sumer? Diharapkan dalam keadaan sihat sejahtera.Tahun baru masih belum kita terlambat untuk menjayakan azam baru kita ni..

So,pada entry kali ini ARIF'S BLOG akan memaparkan 4 daripada 8 teknik mengingati nombor menurut Carol Turkington dalam bukunya "12 LANGKAH KE ARAH DAYA INGATAN YANG CEMERLANG".Seperti sedia maklum,setiap hari kita bermain dengan nombor dan adalah penting bagi kita untuk mengingati nombor nombor yang berkenaan.

1) Teknik Pemecahan (Chunking)
-Pemecahan nombor merupakan satu langkah dalam mengingati nombor
-contohnya nombor 5643908253489765432 sukar untuk dihafal,tetapi menjadi mudah bila kita membahagikan ia supaya menyerupai nombor telefon

2)Pembayangan Ringkas
-Mungkin sesetengah orang dapat membayangkan sesuatu nombor itu dicat dengan warna biru kundang seolah-olah contengan di dingding putih
-Atau mungkin anda boleh buat satu kaitan visual.Katakanlah,anda sedang cuba mengingati keluasan tingkap anda 42 X 81 inci untuk membeli langsir yang ssepadan.Bayangkanlah dengan jelas tingkap itu dipenuhi dengan nombor sambil mengulangi kata-kata ini " Saya akan memasang langsir apabila umur saya 42 tahun.Adakah ia masih berada disini apabila saya berumur 81 tahun?

3)Hubungan-hubungan bernombor
-Anda boleh mengingati nombor246-1369 dengan lebih mudah jika anda menyedari bahawa tiga angka pertama adalah mengikut gandaan dua,dan empat angka berikutnya adalah mengikut gandaan tiga.Walaupun tidak semua nombor penting mempunyai hubungan diantara satu sama lain,banyak yang ada hubungan seumpama itu.

4) Senaman Aerobik
-Sesetengah penyelidik percaya bahawa ingatan jangka pendek bagi mengingati nombor dapat dibaik pulih menerusi senaman aerobik.
-Ia ada kaitan dengan peningkatan penghantara oksigen atau metabolisme glukos didalam otak.
-Senaman boleh dilakukan tiga kali seminggu selama 30 minit setiap sessi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...