Klik itu best!

Sabtu, 3 November 2012

SKYFALL

Apa khabar semua? Dah lama saya tak update blog nih.Maklumlah, lambakan assignemnent dan keje luar menyebabkan saya terpaksa memilih mana yg lebih utama dahulu. Biasalah, mana yg penting didahulukan dan mana yg kureng penting kita akan selesaikan lepas kerja penting dah siap..

Khamis lepas ( 1 Nov 2012) saya dah menonton Skyfall di Time Square. Memang dah set dalam kepala pon nak tengok citer nih since saya nih peminat tegar James Bond dari saya kecik sampailah saya besor, hehehe...Citer nih memang best dan korang yang kipas susah mati James Bond macam saya wajib tengok Skyfall. Sebab apa? Haa...nanti saya cerita

Selepas watak James Bond digantikan oleh Daniel Craig, saya mcm takboleh terima je mamat nih jadi agen yg terhebat tuh. Tapi saya layan jer lakonan dia dalam Casino Royale dan Quantum Of Solace sebab pembawaan jenama 'James Bond' tu sendiri..Tapi selepas saya tengok Skyfall, saya rasa memang Daniel Craig sesuai jadi James Bond. Lakonan dia dalam Skyfall memang hidup dan mantap tambahan memang dia sendiri yang buat semua aksi lagak ngeri, jadi nih menambahkan feeling kita dalam bab action James Bond

Skyfall sebenarnya bawak kita ke sejarah silam M ( lakonan Judi Dench) dan sejarah Bond sendiri. Watak antagonis Raoul Silva (lakonan Javier Bardem) sebenarnya adalah bekas agen perisikan British dibawah M mcm Bond. Dia menyimpan dendam pada M dan mengorbankan ramai nyawa rakyat Britain. Dia jugak cuber nak pengaruhi Bond supaya berpaling tadah tapi dia tak berjaya since Bond seorang yang setia pada negara. Korang kene tengok sendiri bagaimana riwayat Raoul Silva ditamatkan di sebuah tempat di Scotland


Korang nanti akan jumpa balik watak Q dan Moneypenny dalam citer nih. Seriously, citer nih memang menggabungkan unsur klasik dan moden dengan jalan cerita dan kereta Aston Martin db5. Macam yang aku cakap sebelum nih, korang yang minat sangat dengan James Bond kena tengok Skyfall sebab ianya cerita yang penting berkisar tentang Bond kesayangan korang nih. Nak citer banyak pon tak best, korang kena tengok sendiri ok...

Thanks dan jumpa lagi

p/s: Memang best lagu Skyfall nyanyian Adele...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...