Klik itu best!

Isnin, 24 Januari 2011


Tips melakukan presentation

Saya rasa ‘presentation’ merupakan satu perkataan yang sinonim bagi pelajar-pelajar universiti,pelajar sekolah mahupun pegawai-pegawai kerajaan dan swasta.Kepentingan menguasai skill presentation amatlah penting memandangkan kita perlu menyampaikan maklumat yang penting kepada para audien .Oleh yang demikian,untuk entry kali ini pembaca ARIF’S BLOG dihidangkan dengan sedikit TIP ASAS melakukan presentation bagi mereka yang tidak mempunyai asas mahupun pengalaman dalam melakukan presentation.

Sebelum presentation

1.Pastikan anda faham tajuk presentation anda.Jangan berlengah,segera lakukan pembacaan dan kajian tentang tajuk anda!
2.Setelah anda mendapat bahan presentation anda dan memahaminya,mulalah merancang apakah jenis media yang anda ingin gunakan ketika melakukan presentation.
a)Serkiranya anda memilih untuk menggunakan kertas mahjong,pastikan tulisan anda mudah dibaca oleh para audien.Jika disertakan gambarajah,lukislah dengan teliti.Pastikan audien faham lukisan dan dapat membaca tulisan anda.Jika boleh,jangan padatkan semua point dalam satu kertas mahjong.Gunakan lebih dari satu kertas mahjong.
b)Serkiranya anda memilih untuk menggunakan PowerPoint,pastikan anda memilih slide yang sesuai.Jangan pilih warna slide yang terlalu terang,ini berkemungkinan akan menganggu pandangan audien anda.Seeloknya,pilih warna yang lembut sahaja.Anda juga seharusnya faham bahawa ‘projektor’ tidak akan memancarkan semua warna yang anda pilih akan keluar di papan putih nanti.Ada satu kes,saya memilih warna kuning pada slide saya,tetapi bila hari presentation saya,terpancar pula warna hijau dari projector..
c) Jangan padatkan semua isi dalam satu slide.Ini akan membosankan pembaca.
d) Tidak salah jika meletakkan animasi yang bergerak-gerak dalam slide,namun didingatkan kadangkala animasi itu boleh menganggu tumpuan audien.Oleh itu,jangan meletakkan terlalu banyak animasi dalam satu slide.
e)Letakkan isi penting di sebelah kanan slide
3)Pakai pakaian yang sesuai dan kemas.bagi pembaca lelaki,rajin-rajinlah menyelak halaman majalah MASKULIN untuk pemilihan fesyen yang sesuai.Jangan korang pilih baju yang nak ke Times Square plak yer!!Huhu..
4) ) Sila datang awal ke tempat presentation anda ,lebih kurang dalam 5-10 minit sebelum presentation anda bermula.Ambil sedikit masa untuk berjalan di sekitar tempat audien anda secara perlahan.Jika berasa gementar,tarik nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan.Legakan urat disekitar leher,bahu dan kepala anda.
5)Siapkan segala material persembahan anda.Jangan tunggu sehingga anda dipanggil barulah anda terhegeh-hegeh nak membuka laptop,cari alatan dsb.Ini akan memakan masa dan juga mengundang tanggapan negative terhadap anda.

Semasa Presentation

1)Paling penting,jangan gabra,cuak dan sebagainya.Kawal pernafasan dan degupan jantung anda .Anggap hanya ANDA SEORANG YANG PAKAR UNTUK MENERANGKAN KEPADA AUDIEN TENTANG PRESENTATION ANDA.
2)Mulakan presentation anda dengan ucapan salam,selamat dan sedikit penghargaan kepada audiepensyarah/pegawai/bos anda.
3)Jangan terus pergi kepada set presentation anda,sebaliknya mulakan dengan secara santai sebagai set induksi anda atau apa cara lain bagi menarik perhatian audien terhadap anda.Mungkin anda boleh menceritakan kisah lucu dsb kepada audien supaya mereka tertarik dengan anda.
4)Suara anda mestilah jelas kedengaran dan tidak perlahan.Jika boleh,gunakan mikrofon
5) Sambil berjalan,cubalah untuk berjalan-jalan disekitar audien anda.Ini bagi memastikan mata audien ‘lekat’ kepada anda.Ini juga satu cara bagi menyembunyikan lutut anda yang sedang berketar.hahaa..
6)Cuba adakan perbincangan dua hala dengan audien melalui pertanyaan soalan,perbincangan mahupun minta pendapat audien.Ini akan lebih menghiburkan audien kerana pada pendapat mereka,ANDA TIDAK SYOK SENDIRI.

Selepas Presentation

1)Sebelum mengakhiri presentation anda,tanya audien serkiranya terdapat perkara yang masih tidak jelas ataupun perkara yang ingin disoal.Saya mencadangkan agar sessi ini dihadkan kepada 5 minit sahaja.
2)Selepas itu,buat satu rumusan/kesimpulan.
3) Akhiri presentation anda dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan sedikit penghargaan pada pensyarah/pegawai/bos anda kerana memberikan anda kesempatan untuk melakukan presentation.Jangan lupa untuk meminta maaf andai terdapat kekurangan semasa menjalankan presentation
4) Untuk menampakkan diri anda lebih professional,sila tinggalkan no telefon,e-mail,alamat web social anda ( Facebook,Twitter,Friendster,Tagged,Dll) dan lalamat blog anda bagi membolehkan audien member maklumbalas tentang presentation anda atau maklumat terbaru berkenaan perkara yang anda sampaikan dalam presentation.

4 ulasan:

  1. saya suka tips ni,sangat berguna kpd saya,memandangkan sem ni saya banyak presentation. wahh follow u 14 :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih kira kekuri di atas komen anda.

    BalasPadam
  3. baik sekali perkongsian ni. maceh..

    Nadh datang melawat,
    Salam ziarah, salam kenai dari Nadh

    Entry khas buat adik2 baru lepas SPM Jangan Pernah Berubah

    BalasPadam
  4. tips untuk presentation adalah visually attractive,compact information,smooth verbal,and don't be aggressive with commenter just answer them correctly,humble and put a smile.sy pernah jadi presenter terbaik dalam kuliah hehe ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...