Klik itu best!

Sabtu, 15 Januari 2011

Teknik Mengingati Nombor


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pengunjung ARIF'S BLOG.Thanks sebab sudi mengunjungi blog ini.Apa khabar anda sumer? Diharapkan dalam keadaan sihat sejahtera.Tahun baru masih belum kita terlambat untuk menjayakan azam baru kita ni..

So,pada entry kali ini ARIF'S BLOG akan memaparkan 4 daripada 8 teknik mengingati nombor menurut Carol Turkington dalam bukunya "12 LANGKAH KE ARAH DAYA INGATAN YANG CEMERLANG".Seperti sedia maklum,setiap hari kita bermain dengan nombor dan adalah penting bagi kita untuk mengingati nombor nombor yang berkenaan.

1) Teknik Pemecahan (Chunking)
-Pemecahan nombor merupakan satu langkah dalam mengingati nombor
-contohnya nombor 5643908253489765432 sukar untuk dihafal,tetapi menjadi mudah bila kita membahagikan ia supaya menyerupai nombor telefon

2)Pembayangan Ringkas
-Mungkin sesetengah orang dapat membayangkan sesuatu nombor itu dicat dengan warna biru kundang seolah-olah contengan di dingding putih
-Atau mungkin anda boleh buat satu kaitan visual.Katakanlah,anda sedang cuba mengingati keluasan tingkap anda 42 X 81 inci untuk membeli langsir yang ssepadan.Bayangkanlah dengan jelas tingkap itu dipenuhi dengan nombor sambil mengulangi kata-kata ini " Saya akan memasang langsir apabila umur saya 42 tahun.Adakah ia masih berada disini apabila saya berumur 81 tahun?

3)Hubungan-hubungan bernombor
-Anda boleh mengingati nombor246-1369 dengan lebih mudah jika anda menyedari bahawa tiga angka pertama adalah mengikut gandaan dua,dan empat angka berikutnya adalah mengikut gandaan tiga.Walaupun tidak semua nombor penting mempunyai hubungan diantara satu sama lain,banyak yang ada hubungan seumpama itu.

4) Senaman Aerobik
-Sesetengah penyelidik percaya bahawa ingatan jangka pendek bagi mengingati nombor dapat dibaik pulih menerusi senaman aerobik.
-Ia ada kaitan dengan peningkatan penghantara oksigen atau metabolisme glukos didalam otak.
-Senaman boleh dilakukan tiga kali seminggu selama 30 minit setiap sessi

2 ulasan:

  1. baik r arep..haha
    pasni kompom ingat.. tq untk info ni..

    BalasPadam
  2. huhu...ada tak teknik mngingt nota dengn brksan??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...