Klik itu best!

Jumaat, 23 April 2010

Tip Menghadiri Temuduga

Semalam aku baru sahaja menghadiri temuduga biasiswa Yayasan UTHM.Ini merupakan temuduga aku yang ke-4 yang secara rasmi dalam hidup aku.Temuduga aku yang pertama ialah dengan TUDM,kemudian temuduga perguruan dan sebelum temuduga biasiswa pernah menghadiri temuduga PDRM (SUKSIS).Bukan untuk berbangga,tapi dengan pengalaman sebelum ini menjadi guru bagi aku untuk menghadiri temuduga ini.Lepas sembahyang jumaat,mandi sekali lagi then terus pakai kemeja putih,tie UTHM,dan tag nama aku.Sampai di pejabat penyelidikan dan inovasi uthm dalam pukul 2.40 petang.Aku tengok dah ramai calon menunggu disitu.Lepas tandatangan kehadiran,terus duduk di kerusi yang disediakan.Untuk mengurangkan rasa gementar,aku cuba untuk bersembang dengan student lelaki disebelahku.Tapi,tak begitu mendapat renspons,mungkin dia pun gugup jugak....

Kami masuk dipanggil serentak ( LIMA orang sekali) dan aku duduk di kiri sekali.Aku berada dibarisan hadapan untuk masuk ke bilik temuduga.So,aku ketuk pintu,"Assalamualaikum,Tuan.Minta kebenaran untuk masuk Tuan".Seorang lelaki separuh baya menganggukkan kepalanya..( aku tiru gaya tentera skit time melangkah tu,hehe).
Then,kami diminta memperkenalkan diri kami dan ceritakan mengapa kami perlu diberi biasiswa itu oleh yayasan UTHM.Alhamdulillah,aku bersyukur kerana semua calon boleh menjawab dengan agak baik walaupun aku terketaq-ketaq suara aku..,maklumlah didepan aku ada seorang dato dan seorang professor...hehe.. Diakhir temuduga,kami mengucapkan terima kasih kepada pihak yayasan kerana sudi memilih kami untuk ditemuduga.Dalam kira kira setengah jam( rasanya),temuduga kami selesai.Aku teringat yang aku ada membuat resume.. aisehhh,camner aku lupa nak bagi plak nih... .Maka dengan menebalkan muka yang tak hencem ni,aku menghulurkan resume aku pada pihak juri.Ada nada kekesalan sedikit pada diriku.. "Awak ni PALAPES ke?" tanya Dato' pada saya. "Saya bukan PALAPES,Dato' tapi saya SUKSIS.Saya nak dekat dengan masyarakat' kataku padanya.. Kemudia,Dato tersenyum dan saya mengucapkan terima kasih lalu berdedar keluar. Fuh,alhamdulillah aku rasa lega skit..then,terus aku pecut balik ke perwira.. nak online FB nih,tak sabar sabar.hehe..


Aku ingin berkongsi beberapa tips temuduga berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa nih..Aku bukan professinal dalam hal ini,tapi aku berminat nak berkongsi tips temuduga dengan pembaca ARIF'S BLOG ni..

1) Sila pastikan anda memakai baju yang digosok,kemas dan bersih.Bagi lelaki,aku cadangkan agar memakai baju kemeja putih,seluar slack gelap,kasut dan stokin hitam.Jangan lupa kasi kilat itu kasut yaa...Pemilihan warna tie hendaklah sepadan dengan warna kemeja.Untuk lebih lanjut,rajin rajinkalah tangan tu menyelak majalah MASKULIN..( ni bukan nak promote majalah tau)

2)Selidik dahulu profil syarikat/agensi/badan yang akan menemuduga anda.Contohnya,jika anda menghadiri temuduga PDRM,pastikan anda tahu siapa Ketua Polis Negara,Timbalanya,Ketua Polis Negeri ( mengikut negeri yang anda hadiri interview),skop kerja polis,unit unit dan kenapa anda berminat untuk menyertai PDRM.Anda juga harus peka dengan isu semasa,seperi isu keselamatan,politik,ekonomi ( biasa gagasan 1Malaysia lah popular).Dulu masa interview SUKSIS,pernah dia tanya keadaan politik semasa, rukun iman dan rukun islam.Kalau korang yang muslim tak tahu rukun iman dan rukun islam,spoillahhh brader.. hehe.

3)Pastikan sijil sijil disusun dengan kemas dan teratur mengikut tahun.Jangan campur aduk.Contoh,bila penemuduga selak muka 1,sijil Universiti.Selak muka 2,keluar sijil matrikulasi plak..sepatutnya sijil disusun mengikut tahap atau tahun ye... Kalau boleh,buat lah resume yang tepat tentang diri anda.Jangan sesekali meletakkan fakta yang salah dalam resume anda.Kalau kantoi,saper susah...

4)Bagi yang muslim,lakukanlah solat hajat dan berdoa.Minta ahli keluarga kita mendoakan kita. Ini bagi meletakkan sepenuh harapan kita kepada ALLAH S.W.T. Jika boleh,bacalah surah Yassin bagi melancarkan kata kata anda ketika proses temuduga.Aku ada terbaca satu fakta,orang yang selalu membaca al-quran maka pertuturanya teratur dan tersusun.InsyALLAH..

5)Datang awal ke tempat temuduga.Ini sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa gementar anda dan membiasakan diri dengan atmosfera tempat anda ditemuduga.Kalau boleh,sembang sembanglah dengan calon calon yang lain..Gentleman lah sikit brader...( Mana tahu ada awek sangkut kat korang kerr kan).Bagi perempuan pula,rajin rajinlah bersembang dengan calon lain,tapi jangan bergosip plak ea. hehe

6)Kalau boleh,risik risiklah saper penemuduga,berapa orang,jawatan dia aper,ada gelaran tak ( Tan Sri,Dato',Datin..).Ini bagi memudahkan anda untuk berkomunikasi ketika ditemuduga nanti.Kalau tiada apa apa gelaran,panggil Tuan atau Puan sahaja.

7)Apabila disebut nama,dengan tenang korang melangkah masuk dengan penuh semangat dan yakin diri.Jangan sesekali rasa cam nak patah balik atau lari dari interview tuh..Yakin,koranglah calon yang paling layak untuk jawatan/biasiswa itu.

8) Bagi salam dan selamat pagi pada para penemuduga.Jangan kedekut untuk menghulurkan senyuman pada mereka.Jika disediakan kerusi,duduk dengan tenang ye.Opss,setelah mendapat kebenaran baru duduk ye.Kalau tak sediakan kerusi,berdiri dengan tegak.

9) Jika ditanya apa apa soalan ,jawab dengan yakin dan tenang ye..jangan kelam kabut.Kalau tak dapat jawab,jangan menipu.Katakan sahaja " Saya minta maaf,Tan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan. Saya tak pasti siapakah nama pengarah......".Kalau para penemuduga cuba untuk memprovoke anda,rilekss,jangan kawab dengan penuh emosi..Korang kene sedar yang korang sedang diuji,so jawab dengan tenang ye..

10) Setelah ditemuduga,ucapkan terima kasih pada para penemuduga kerana memberikan peluang pada korang untuk ditemuduga.Jangan lupa untuk senyum dan keluar dari bilik temuduga dengan senyap,teratur dan penuh gaya ( ahaks).

Inilah sahaja beberapa tips yang tak seberapa yang mampu aku tulis disini.Banyak lagi tips yang boleh korang jumpa di internet.Aku berharap agar tips yang tak seberapa nih membantu korang semua yang bakal menghadiri temuduga.Good Luck yer...Untuk pembaca ARIF'S BLOG,minta jasa baik korang untuk doakan kejayaan aku dunia akhirat..aminn..

2 ulasan:

  1. mcm my first time...
    kalu wat cter myfirstime lg best nieh
    heheheehehehehe

    BalasPadam
  2. Ish,tak habis habis dengan citer tuh..hhahaa

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...