Klik itu best!

Isnin, 30 Mei 2011

UNGERIN? apa tuh...






Gambar aku bersama UNGERIN ( yg tutup mata tuh)

Kalau TLDM ada PASKAL,PDRM pulak ada Unit Gempur Marin atau dikenali sebagai UNGERIN.Menurut encik Wikipedia,UNGERIN adalah nama jolokan yang diberi kepada pasukan elit anti-pengganas polis marin yang terbaru dalam cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi pada akhir tahun 2007. Pasukan anti-pengganas maritim ini berpengkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak bagi menangani keadaan kritikal di Selat Melaka dan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah bagi pengoperasian di Sabah dan Sarawak, khasnya Laut Sulu. Sebahagian anggota terdiri daripada anggota Komando 69 Pasukan Gerakan Khas.

Wah,hebat tuh..kita sumer dah sedia maklum kehebatan Komando 69 atau VAT 69 dalam membanteras ancaman komunis pd zaman dulu.Kalau korang tahu kisah Al-Maunah,korang mesti tahu VAT69 tu apa...pada yang tak tahu tuh,rajin2kanlah yerr cari kat internet.

Berbalik pada UNGERIN td,mereka sentiasa berkerjasama dengan TNI (Tentera Nasional Indonesia), POLRI (Polis Republik Indonesia), PDRM, ATM, APMM, Tentera Singapura mahupun Polis Singapura dalam menjaga Selat Melaka since selat melaka nih merupakan antara kawasan perairan paling sibuk di dunia. Sebelum wujudnya UNGERIN,dulu ia dikenali sebagai Unit Selam Tempur.Unit Selam Tempur ni plak mendapat latihan drpd Komando 69 PGK dan US Navy SEALs (Amerika Syarikat) melalui siri latihan yang dipanggil Fusion Mint.


Pergh,memang aku salute lah UNGERIN.Alhamduillah,negara kita ada pelbagai pasukan elit cam GGK,UTK,VAT69,PASKAL,PASKAU,UNGERIN dan yang terbaru STAR under APMM.Aku pernah cuba pakai costum ala2 UNGERIN time pameran Hari Polis baru-baru nih,perghh berat gilerr..camnerlah skuad elit pakai bende cmni sambil berlari.Dahlah berlari pastu kene menembak lagi,berenang,terjun ikut tali dll...Memang aku respekk gilerr lahh..

Amacam,korang berminat ker? Kalau berminat bolehlah apply masuk Polis.Masuk PULAPOL dulu then mintak masuk pasukan elit yang mencabar korang punya fizikal dan mental nih...tp hati kene kering beb,nama pun komando.

P/S : Aku nak masuk komando? huh,aku main Counter Strike ngan Call of Duty pun asyik kalah jerr...
( Sumber dari encik wikipedia dan juga pakcik google)

6 ulasan:

  1. Haha...nak masuk Komando ke.. Jadik komando udara lah ekk..

    BalasPadam
  2. Wow nice article. Ak rs mcm kurg skit la. 10 briged para pn elite atm gak kn?

    BalasPadam
  3. Akhir tahun 2007 ? Maknanya ungerin masih ada lagi atau tak unit ni ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih ade bossku,depa tuh mula operasi 2007 bukan berakhir

      Padam
  4. 1xbet korean, sports betting, football betting, soccer odds
    1xbet korean, sports betting, football 1xbet betting, soccer odds, football betting, หารายได้เสริม soccer odds, football kadangpintar betting, soccer odds, soccer odds, soccer odds, soccer

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...