Klik itu best!

Ahad, 19 Jun 2011

Pencipta asal melodi NEGARAKU ialah orang perancis?

Biar betul?? sebenarnya entry nih kat blog aku yang lama dulu.tapi aku terasa untuk masukkan balik dalam blog.heheh..

Masa aku tahun pertama kat UTHM,kami kene buat pameran untuk melengkapkan keperluan subjek kenegaraan.Kumpulan aku dapat tajuk 'Teras ideologi negara' dimana ianya meliputi Rukun negara,Jata negara,bendera Malaysia dan lagu Negaraku.So,aku volunteer nak buat cari info berkenaan lagu Negaraku.

First2 skali,aku cari kat wikipedia.Aku pun dah lupa kat mana aku copy link dia.Menurut Wikipedia,

Lagu Negaraku (Jawi: نڬاراکو, bahasa Cina: 我的祖国, Tamil:நெகாராகூ) dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu ciptaan penggubah Perancis,Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Kemudian,lagu rasmi negeri Perak itu dipilih menjadi lagu kebangsaan persekutuan tanah melayu oleh perdana menteri Malaysia yang pertama,YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Setelah dipersetujui,kerajaan Malaysia pun offer RM1000 pada pengubah yg nak mengubah seni katanya .Tawaran ini dimenangi oleh Encik Saiful Bahri.

Pastu,Dr Mahathir Mohamad ( sekarang Tun) ubah kepada rentak yang baru.
Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.

Then,
Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku. Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana dilarang.

Jelas murid-muridku sekelian?? hehe....



ni lah album yg memuatkan melodi lagu negaraku .Nama lgu tu ialah 'Mamula Moon'.Penyanyinya ialah Felix Mendelssohn dan Hawaiian Serenaders.




Haa,ni lah dia Pierre Jean de Beranger yg lahir kat France pd tahun 1780 dan meninggal pada 1857.Dia ni lah pencipta asal melodi lagu negaraku.

So,be proud of our national anthem ok.Kalau ada sebarang penambahan fakta atau pembetulan fakta,amat2lah dialukan untuk pengetahuan kita bersama.Jangan lupa untuk komen k..Tanpa komen korang,blog ini takkan hidup..thanks :-)

p/s :Kalau nak dengar lagu 'Mamula Moon',korang boleh dengor kat Youtube.Just taip 'Mamula Moon' jer kat Youtube,insyallah korang akan jumpa.Ok,Tata

Jumaat, 17 Jun 2011

Siapa artis yang masuk askar wataniah?? jom kita terjahh




Bangga jugaklah aku bila golongan artis kita menyahut cabaran kerajaan untuk menyertai askar wataniah.Wataniah ni merupakan pasukan simpanan tentera darat yang boleh dikerahkan diwaktu darurat.Ia juga terdiri daripada golongan professional cam engineer,cikgu,pegawai kerajaan,ahli politik dan lain.Jangan korang tak tahu,Khairy Jamaluddin atau KJ pun masuk wataniah tauu,tp dia lagi expert coz dia dapat sayap penerjuanan,Cayalahhh.


Confirm musuh cairr...haha



Perghhh,tabikk springg lahh.Eh,timulak pun ada kerr??hahaa..lepas kene kejar polis,masuk askar plak eiii...hehe. Gambar dari melayukini

Diantara artis yang masuk wataniah ialah Dato' CT,Intan Ladyana,Nurul Hidayah,Aizat (wow!),shaeizy sam, dan orang kuat MIG,David Teo


Leftenan David Teo melaporkan diri..... thanks to metrowealthpictures

Haa,korang bila lagi? Kalau berminat,daftar segera masuk askar wataniah.

P/S : Jozan bila plak nak masuk wataniah? hehehe

Khamis, 16 Jun 2011

Design kereta Myvi 2011 ( baru punyaaa...)

Time aku dok lepak makan2 kat kedai,aku tengok kat TV siaran secara langsung pelancaran kereta Myvi yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Kereta Myvi ni memang laku,487,400 unit terjual sejak kelahiranya dimuka bumi ini pada May 2005.Sekaligus,ianya menjadi 'Country's best-selling model' dari 2006 hingga 2010.

Ok lah,korang mesti nak tahu camner rupa myvi baru kan?? Jom kita layan.



Full colour 6-inch touch screen..wow!



Dashboard baru Myvi nih unik dan ianya tidak berlainan atau dengan kereta Toyota Passo






Bercahaya tuh..



Tadaa...bandingan 'orang lama' dengan 'orang baru'.












Amacam,ok tak?

Macam ni lah secara kasarnya...


So,ok tak bagi korang?? Boleh lontarkan komen korang di bawah k.Nak tahu lebih lanjut,jom reramai serbu kat sini : 2011 PERODUA MYVI.

p/s : nak satu..hehe


Sabtu, 11 Jun 2011

Sekadar untuk rehatkan minda..

Assalamualaikum,korang sumer.Apa khabar?? Harap korang sumer dalam keadaan sihat sejahtera hendaknyaAku pun bukaklah lawak jenaka kat internet.So,nak share ckit kat blog aku nih...hehe..harap korang terhibur jugaklah walaupun ckit...

1.
Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”

2.
Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Rizal : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Rizal : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,

Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

Peguam : !@#$%^&*($#@!@#$%^ ( Jatuh Pengsan )

3.
Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

4.Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya.
Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas
hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjat satu tiang lampu
yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan
mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah
hospital, "Mat!!Turun Mat nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.

Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong
tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan
gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidak
bergerak pun untuk turun. Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun
Mat!"teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami
bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Mat!. Mat tidak turun-turun juga.

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman
Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu.
"Man!Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang
lampu"Tolonglah Man ya!

Jawab Man"Ohhh!!!Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu
itu.

Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man! Man nak pilih alat yang
mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh!Man nak gergaji!"

Baiklah! Ambillah gergaji itu.
Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang
lampu itu. Man pun berteriak, Hoi Mat!!!Hang turun, kalau hang tak
turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!!

Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang
itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas
hospital. Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang
sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?

Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Man ni
apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!

5.
Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

6.
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu,
seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.
Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar
dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi.
Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku
setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka kelauar dari kawasan kurungannya
itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali
ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak
kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga
beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya".

7.
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk..."

8.
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

9.
Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Peguam berkata, "saya tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam?

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "Tidak Tahu"

10.
“Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?” tanya John pada George. “Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?” kata George. “Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama.” “Apa tahap pertama itu?” “Berhenti membeli rokok!

Terima kasih kepada lawakjenaka.com

Rabu, 1 Jun 2011

Contest Saya Mahu Template Comel Musim ke-2

Contest Saya Mahu Template Comel Musim ke-2: "
Contest Tempalte Comel




Hai all..apa kabar...hari ini koz nak umumkan berita baik kepada korang-korang yang menanti Contest anjuran koz ini^^...Seperti sedia maklum,pada tahun lepas koz telah anjurkan Contest Saya Mahu Template Comel dan pemenangnya telah di tentukan oleh koz.Jadi Pada tahun ini koz mencari pemenang Contest Saya Mahu Tempalate Comel Musim Ke-2 pula...Jadi Berminat Nak Join Tak!!...Kalau berminat apa lagi,jom ikuti syarat-syarat penyertaan...



Syarat Pertama


Mesti/Wajib Letak Banner Contest Di bawah dekat bahagian Sidebar Belah Atas sekali











Syarat Kedua




Mesti Membuat satu artikel/entry berkenaan Contest yang koz anjurkan dengan  kreativiti korang dan pada tajuk mesti meletakkan tajuk ' Contest Saya Mahu Template Comel Budak Nakal Blogspot '.Dan di atas isi entry tersebut korang boleh letak gambar yang berada di bawah.pilih yang mana korang suka:-



Contest Budak Nakal Blogspot

Contest Budak Nakal Blogspot


Contest Budak Nakal Blogspot

Contest Budak Nakal Blogspot


Contest Budak Nakal Blogspot

Contest Budak Nakal Blogspot


Syarat Ketiga




Tinggalkan Link Entry yang telah korang buat di bahagian Comments berserta nama korang...

Dan jika tak keberatan Vote Budak nakal Blogspot  dalam pertandingan DiGi WWWOW Awards

dan promote sekali di bahagian entry korang^^











Itu sahaja...Mudahkan??



Jadi Template yang akan korang berpeluang menangi seperti di bawah

Photobucket



Nak lagi detail korang boleh lihat di SINI

Template ini akan koz ubah dari masa ke semasa supaya ia akan kelihatan lebih menarik...Dan kepada pemenang akan menerima servis header secara percuma...



Bagi tempat kedua dan ketiga akan mendapat ruangan iklan secara percuma selama sebulan^^



Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 June 2011 dan pemenang akan di pilih melalui artikel/entry yang paling kretif^^...Sekian....Semoga berjaya...



Peserta

  1. nonasani blogspot

  2. mamaqhayra blogspot

  3. denganredhaallah blogspot

  4. faizlaster blogspot

  5. lynnlinda blogspot

  6. sheerayaakob blogspot

  7. anysspunyeblog blogspot

  8. citationlife blogspot



Sumber:

Budak Nakal Blogspot
"

Pertandingan DiGi WWWOW Awards


Pembaca blog Cikgu sekelian,silalah vote Budak nakal Blogspot kat pertandingan nih..
Aku dah baca blog nih,memang best...jom sesama kita jenguk kejap blog nih

http://kozumiro.blogspot.com/

" Contest Saya Mahu Template Comel Budak Nakal Blogspot "

Contest Budak Nakal Blogspot

Read more: Contest Saya Mahu Template Comel Musim ke-2
Under Creative Commons License: Attribution

Bila aaku jumpa pertandingan nih,aku teruja nak masuk.Sebab apa? Sebab nak menang lah..haha..boleh dapat template free..itupun kalau menang...Insyallah

Pada kengkawan sumer,jom lah reramai masuk pertandingan nih..papehal korang boleh klik kat sini http://kozumiro.blogspot.com/2011/05/contest-saya-mahu-template-comel-musim.html

Just follow jerr syarat2 yang tuan punya penganjur tu nakkan....Jom kengkawan!


( Harap2 lah menang :-) )

Movie superhero baru : RA-One


Wah,file baru Dato' Shah Rukh Khan ( SRK) akan tubik tak lama lagi..sku sebagai peminat setia SRK sejak dari zaman Kuch Kuch Hotak Hang sudah tentu akan tengok citer nih..

aKu harapkan pembaharuan jln citer kat Ra-One nih...Jangan jadi macam Don sudahlah.trailer best,poster best tapi action kurang.Tapi Ra-One tak shooting kat Malaysia,sebaliknya di Miami,London dan India( of course)..

Sayangnyer,sinopsis pasal movie ni aku tak dapat lagi.Tapi menurut encik google,citer ni berkisah pasal bollywood science-fiction superhero ( mcm x-men ka?? )dan filem ni merupakan second-most expensive film in India! fuyoo,dasyat tuh...kene mai tengok nih..hehe

sAPER plak heroin citer nih??Hmm,heroin yg sama dalam citer DON ( walaupun mati awal) iaitu Kareena Kapoor.Apa yang buatkan aku terkezutt,tetiba jerr citer nih ada kaitan dengan Jackie Chan dan penyanyi feveret aku time skool dulu,Akon. Apsal ekk??

Ohh,rupa-rupanya Jckie Chan yang detailed script of the film,tapi dia tak berlakon dalam citer tuh.Pasal AKON plak,dia akan composed dua buah lagu untuk movie nih.Gempak lahh,lagu matsalleh jadi OST movie Bollywood..

Rasa macam tak sabar nak tunggu movie yang akan kuar bulan Oktober nih..time tu aku ada kat UTHM,boleh ajak member2 tgk skali( itupun kalo dioarang nak).Apa pandangan korang pasal movie nih?share2 lah ckit kat ruangan comment bawah tuh..hehe.kALAU NAK TAHU LEBIH LANJUT,jom gi kat sini http://raone.erosentertainment.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...