Klik itu best!

Ahad, 19 Jun 2011

Pencipta asal melodi NEGARAKU ialah orang perancis?

Biar betul?? sebenarnya entry nih kat blog aku yang lama dulu.tapi aku terasa untuk masukkan balik dalam blog.heheh..

Masa aku tahun pertama kat UTHM,kami kene buat pameran untuk melengkapkan keperluan subjek kenegaraan.Kumpulan aku dapat tajuk 'Teras ideologi negara' dimana ianya meliputi Rukun negara,Jata negara,bendera Malaysia dan lagu Negaraku.So,aku volunteer nak buat cari info berkenaan lagu Negaraku.

First2 skali,aku cari kat wikipedia.Aku pun dah lupa kat mana aku copy link dia.Menurut Wikipedia,

Lagu Negaraku (Jawi: نڬاراکو, bahasa Cina: 我的祖国, Tamil:நெகாராகூ) dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu ciptaan penggubah Perancis,Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Kemudian,lagu rasmi negeri Perak itu dipilih menjadi lagu kebangsaan persekutuan tanah melayu oleh perdana menteri Malaysia yang pertama,YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Setelah dipersetujui,kerajaan Malaysia pun offer RM1000 pada pengubah yg nak mengubah seni katanya .Tawaran ini dimenangi oleh Encik Saiful Bahri.

Pastu,Dr Mahathir Mohamad ( sekarang Tun) ubah kepada rentak yang baru.
Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.

Then,
Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku. Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana dilarang.

Jelas murid-muridku sekelian?? hehe....



ni lah album yg memuatkan melodi lagu negaraku .Nama lgu tu ialah 'Mamula Moon'.Penyanyinya ialah Felix Mendelssohn dan Hawaiian Serenaders.




Haa,ni lah dia Pierre Jean de Beranger yg lahir kat France pd tahun 1780 dan meninggal pada 1857.Dia ni lah pencipta asal melodi lagu negaraku.

So,be proud of our national anthem ok.Kalau ada sebarang penambahan fakta atau pembetulan fakta,amat2lah dialukan untuk pengetahuan kita bersama.Jangan lupa untuk komen k..Tanpa komen korang,blog ini takkan hidup..thanks :-)

p/s :Kalau nak dengar lagu 'Mamula Moon',korang boleh dengor kat Youtube.Just taip 'Mamula Moon' jer kat Youtube,insyallah korang akan jumpa.Ok,Tata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...